MMU 10’s
Penyertaan mereka di Kejohanan Ragbi MASISWA MMU 10’S Disember lalu memberi sinar baru kepada pembangunan pasukan tersebut.
Berjaya mengenepikan cabaran UCTATI Rhino dan Widad Eagles di peringkat kumpulan, Unisel Marlins kemudiannya berjaya menempatkan diri selaku naib johan kumpulan sebelum melayakkan diri ke peringkat 8 pasukan terbaik.
Bermain dengan penuh semangat di setiap perlawanan, Unisel Marlins bagaimanapun terpaksa akur dengan Sunway RC menjadikan mereka merangkul naib johan kategori Bowl.
Namun kebanggaan tetap bersama Unisel Marlins apabila mereka turut dianugerahkan ‘Fair Play Team’. Bagi Unisel Marlins, mereka merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak pengurusan pasukan & universiti serta Coach Sahak dan tidak dilupakan penyokong tegar pasukan itu.
Unisel Marlins melaungkan azam untuk bangkit pada tahun 2023.
dengan ihsan dan kebenaran oleh Unisel Marlins
Source: Ragbi.MY FB Post